the sweetest of smile can only be seen within ones' face who bear a beautiful soul[^^,]

Jul 4, 2016

Eh. Apeni dah tua?

Hai. Nama saya Mardhiyah. Anak kepada cikgu Razak dan Allahyarhamah cikgu Zainab. Saya baru menginjak ke umur 24 tahun kelmarin. Jadi, selamat menua kepada saya. Saya mempunyai banyak cita2 kecil(eh ke besar?), di mana pada dasarnya, mungkin orang lain akan menganggap saya childish dan tidak bercita-cita tinggi. Akan tetapi, kadangkala cita-cita kecil inilah yang seringkali membuat hari-hari saya nampak indah dan saya tersenyum bahagia sekiranya tercapai. Maka, pada usia 24 tahun ini, ada 2 cita2 kecil yang saya ingin capai. Nope, bukan kahwin (hamboi ang, cliche ngat aihh). Ihiks.

Pertama. Saya ingin memiliki seekor kucing yang berbulu gebu serta manja. Walaupun belakangan ini saya sering mendapat alergi dari bulu kucing yang badan saya belum immune. Mungkin saya sedang obses dengan kucing kucing kepunyaan johanandhiscats. Sapa suruh comel ngat aihh? Jentik kang!

Kedua. Saya berimpian untuk memeluk seekor panda. Ya, panda. Tak dapat peluk, sentuh kepala dia jadilah. Hal ini adalah kerana panda mempunyai karakter yang sangat comel. Kuat makan, tidur serta clumsy serta sangat nakal. Aipp, karakter demikian hanya comel untuk panda sahaja. Ingatlah ianya tertakluk kepada panda dan binatang comel lain semata. Kalau kalian mempunyai karakter sedemikian dan beranggapan diri kalian comel sebegitu, berwaspadalah untuk dikecam sepanjang hayat. Semoga saya dan panda berjodoh suatu hari nanti.

#prayforkucingcomeldanpandagemok

Oh ya, di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu serta Hari Raya yang mendatang memberi seribu makna kepada anda semua.
Assalamualaikum.
:)

No comments: