the sweetest of smile can only be seen within ones' face who bear a beautiful soul[^^,]

Oct 15, 2014

In memory

Walau kau ku kenal hanya sementara,
Tapi aku tahu peribadi kau cukup hebat,
Dan kerna itulah kami semua terasa kehilangan kau,
Baik jauh, baik dekat,
Kau pulang ke tanah air bersebab,
Jauh dari keluargamu,
Tapi ternyata Dia lebih sayangkan kau,
Sedar tak sedar, dah lima tahun kau pergi,
Tenanglah bersama Pencipta di sana,
Kerna aku kira dunia ini tiada apa,
Berbahagialah di sana,
Sekiranya kau masih ada,
Ingin sekali aku ucapkan salam ulang tahun kelahiran buatmu kawan.
Tapi hanya doa mampu ku kirimkan, 
buat peneman.





Al-Fatihah.

Muadz Azhar
1992-2009

No comments: