the sweetest of smile can only be seen within ones' face who bear a beautiful soul[^^,]

Oct 20, 2014

I want to touch a dog? Permissible or no?

*this post is only my personal opinion regarding the title. thanks :)

Assalamualaikum.

Anjing? Ada yang suka dan ada yang benci. Pelbagai kesimpulan boleh wujud dalam benak seseorang berkaitan satu perkataan itu. Gerun, takut, comel, manja, 'man's best friend, jijik, kotor, cantik, bising, adorable dan err haram mungkin? Dan anjing memang ialah satu binatang yang taboo dan sensitif dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya yang beragama Islam (selepas babi/khinzir I suppose).

Hurm ramai yang dah tahu semalam telah berlangsungnya kempen "I want to touch a dog" dekat OU kan? Dan ramai juga umat manusia yang pergi join sama tak terkecuali ramai umat Islam sesama kita. Hurm hurm. Boleh dikatakan, ramai yang menyokong dan ramai juga yang membangkang kempen ini. Tapi, apa yang aku sedih ialah komen negatif segelintir masyarakat kita tentang kempen ini. Terutamanya, pada gambar-gambar yang di'share' di laman sosial kita. Oh tak, saya tak pergi, tak berkesempatan pula tapi ada di antara kenalan dan rakan rakan saya yang sempat ke sana.

Bagi saya, perkara ini sepatutnya bukanlah menjadi satu isu yang harus diperbesarkan dan menuding jari untuk dibangga mahupun dipersalahkan, tapi sangat baik dibahaskan, of course secara matang, ilmiah dan terbuka. Penting untuk kesedaran masyarakat juga.
Pada pendapat saya, objektif penganjur, hanyalah untuk menukar persepsi HARAM dan TABOO berkaitan hukum menyentuh anjing kepada masyarakat yang sgt tegas menganggapnya begitu serta cara-cara menguruskan situasi yang melibatkan anjing kepada kita. Mana tahu, suatu hari tak tersangka kita perlu berdepan dengan makhluk Allah ni. Ya, memang ada masyarakat kita yang merasakan anjing itu haram disentuh, sedangkan ianya hanyalah najis. BUKAN HARAM ya.
Kalau najis, kita tersentuh, hukumnya hanyalah perlu menyucikan bahagian yang terkena itu ataupun dalam kes najis mughallazah seperti anjing atau babi ini, penyuciannya adalah melalui sertu iaitu sekali menggunakan air tanah diikuti enam kali air biasa.

a. Dah tu kalau najis, kenapa mengada nak sentuh? Siap buat kempen galakan lagi?

Berikutan hal ini, pada pendapat aku, (maafkan jika khilaf), perihal ini boleh diumpamakan seperti, hurm, anggaplah sekiranya kalian ada anak, atau ibu bapa yang telah uzur, atau orang kurang upaya, pendek kata tak mampu nak menguruskan najis mereka sendiri, maka, adakah kalian nak membiarkan keadaan sebegitu, semata-mata pendeknya akal mengatakan bahawa najis itu kotor dan jijik, tak perlulah nak disentuh bagai tanpa belas ihsan bahawa mereka perlu diuruskan dicucikan? Kemon, you tell me.

b. Tetapi najis tu dan anjing/babi tu adalah dua kategori najis berbeza pulak! -__-'!!

Yes. Pandai pun awak. Masih ingat kategori najis kan. Maka, awak pun mesti ingat, walaupun najis itu adalah tahi, nanah, najis budak bawah dua tahun yang masih menyusu badan, mahupun anjing atau babi, tak salah bukan kalau terkena najis tersebut? Kerana Islam dah ajar pun bagaimana nak menyucikan diri dari najis tersebut. Jadi, kalau awak ingat pengkelasan najis, haruslah awak ingat bagaimana nak menyucikan diri dari mereka.

c. So what is your point actually? Stress cakap dengan you ni!

My point is, sentuh anjing bukanlah haram tetapi tidaklah digalakkan di dalam Islam. Najis, tetap najis. Ada sebab kenapa ianya dipanggil najis, tentunya ada mudharat yang datang bersamanya contohnya kalau najis spt tahi, ada banyak kuman di dalam sistem gastrointestinal kita yang ada pada tahi tersebut yang boleh memudaratkan sekiranya dalam situasi tertentu. Sama juga anjing atau babi, binatang tersebut boleh menjadi perantara penyakit kepada kita ataupun disebut zoonosis ataupun terdapat juga anjing yang membawa kuman yang memudaratkan sekiranya digigit. Tetapi sekiranya dalam keadaan tertentu, ataupun bila perlu, kita perlu berdepan dengan najis juga, particularly untuk diuruskan. Contohnya sekiranya kita menziarahi rumah rakan yang bukan beragama Islam dan suddenly, anjing peliharaannya tiba-tiba datang jilat kita maybe sebab dia suka bau kita or dia memang manja dengan manusia. Hah! Macam mana nak buat? Takkan kalian nak tepis or baling/sepak anjing tu dan mengguris hati rakan bukan seagama kalian kan? Ataupun sekiranya kalian terbuat perkara sebegitu, erm, bukankan kalian telah menunjukkan satu pandangan negatif terhadap agama/bangsa kalian juga bukan? Dan sekiranya, kalian terjumpa anjing yang berada dalam kesusahan, adakah kalian sanggup membantunya ataupun membiarkannya terseksa semata-mata anggapan najis kepada mereka itu? Hal ini adalah everyday life situation yang mungkin atau juga tak mungkin berlaku pada kita. Kerana kita hidup dalam suasana masyarakat majmuk bukan? So, it's not impossible at all.

d. Jadi you nak backing penganjur lah ni? Baguslah, lepas ni maybe boleh buat I want to touch a pig pula. =.=

Bukan backing tapi hanya merasakan program ini bagus untuk kesedaran masyarakat sahaja. Like I wrote before, it might be an everyday life situation kerana anjing banyak di mana-mana. Ada anjing liar, dan banyak sangat yang dibela. Bukan hanya doktor veterinar atau polis sahaja yang perlu berhadapan dengan anjing. Unless kalian tak pernah langsung terserempak dengan anjing, erk, tak sure lah pula. Berlainan pula dengan pig, rasanya nak bela perlu ada permit dan di Malaysia ini juga rasanya lori yang mengangkut pig tak boleh lalu di jalan utama secara terbuka kan? (maafkan jika salah fakta). Saya sendiri tak pernah pula dengar rakan-rakan berlainan bangsa/agama membela pig di rumah. :D Tapi mengikut pengalaman, terjumpa babi hutan tu biasa juga lah. lol.
Maka, saya kira, objektif dan harapan pihak penganjur adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kita yang selalu menganggap anjing ini taboo dengan menawarkan cara menguruskan mereka dengan betul sahaja SEKIRANYA suatu hari nanti kita berdepan dengan mereka. Bukan untuk menyuntik norma membela anjing ini sebagai pet dalam masyarakat Islam di Malaysia.


Harapnya segala persoalan terjawab melalui pendapat kecil saya ini. Saya kira, isu seperti ini tidaklah perlu diperbesarkan kerana banyak lagi isu besar yang boleh dibahaskan lagi. Sudah-sudahlah tu. Saya teringat luahan sedih seorang rakan yang menuntut program kedoktoran bidang veterinar yang dibash dengan komen negatif kerana mengupload gambarnya dengan seekor anjing dahulu. Haih, Perkara ni tidak patut berlaku kerana tidak ada salahnya pun isu memegang anjing ini untuk tujuan ilmiah bukan? Lainlah kalau hukumnya haram. Heh.

*saya setuju dengan pendapat saudara Hilal Asyraf di sini. Lebih ilmiah dan jelas dari sudut Islam berkaitan isu ini.

*saya harap tiada rakan-rakan bukan Islam yang offended dengan komen negatif segelintir rakyat Malaysia tentang perkara ini. Jika ada, maafkan kekhilafan kami.

*ada sesetengah anjing yang saya rasa sangat comel untuk dipelihara, tetapi kucing tetap di hati. hahaha.

*teringat satu pengalaman pahit dan sangat lucu bersama rakan-rakan sekuliah berkaitan anjing. adoi. priceless memory.


p/s: Kalian yang pergi tu, eh jangan lupa samak ya kalau terkena bahagian yang basah. And one more thing, eh jangan lepas ni pergi pet shop minta puppy golden retriever pulak ya. ;)


Wallahua'lam.

No comments: