Aku terdiam.
Kerana aku mengikuti perkembangannya sehinggalah pengakhirannya begini.
Keadaan sukar dijangka.
Dunia kurasa makin kelam ditelan malam dan bayu dingin.
Minda ligat berfikir.
Longlai rasanya tiba-tiba.
Bagaimana. Bagaimana jika aku yang menghadapinya?
Atau mungkin kamu?
Meletakkan diriku di tempatnya membuatku sayu.
Semacam turut merasai, memahami.
Tapi, Tuhan maha adil bukan?
Perancangan manusia tiada apa jika dibandingkan dengan kebesarannya, perancangannya.
Terlalu deep.
"Wa makaru wa makarallah. Wallahu khairul makiriin"
"Dan mereka merancang dan Allah merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang"
Tabahlah wahai kawan.
Tidak perlu ditahan tangisan itu.
Kirimkan doa yang terbaik buatnya.
Semoga Allah menggantikan hari yang lebih baik buatmu jua.
Amiin.
:')
No comments:
Post a Comment