Benar,
Rezeki dan kesenangan itu wujud dalam pelbagai bentuk,
Ada manusia yang kaya harta, namun miskin jiwanya,
Ada yang kaya budi bahasa, namun kurang hartanya,
Acapkali manusia lupa, kekayaan itu bukan hadir dalam bentuk fizikal semata,
Sayang sekali, manusia kini terlalu alpa untuk memandang kekayaan dari sisi yang berbeza,
Kerana umat duniawi kini lazimnya meletakkan skala kekayaan itu pada satu sudut sahaja,
Kita lupa, ketenangan jiwa dan kelapangan dada itu juga satu kekayaan bukan?
Kesihatan, ilmu, iman, paras rupa, masa lapang, kekuatan, keluarga bahagia dan kasih sayang, bukankah itu semua juga kekayaan?
Seharusnya kita sedar, kita tak mungkin punya semua pada satu masa,
Mungkin kau kaya dari satu sudut sedang dia kekurangan dari sudut itu,
Mungkin kau kurang dari sudut lain, sedangkan dia kaya dari sudut tersebut,
Maka, dari situ harus timbulnya sifat saling membantu dan bukannya membatu,
Kerna yang Maha Kaya itu masih Dia,
Dia mahu kita sedar,
Tanpa redhaNya, kekayaan itu tak mungkin mutlaknya milik kita.
mode : i am sleepy but this cramps is killing me (T.T)
No comments:
Post a Comment