the sweetest of smile can only be seen within ones' face who bear a beautiful soul[^^,]

Oct 16, 2013

Dimensinya

Dimensi, ada bermacam-macam baginya,

Di dimensi pertama, 
Dia adalah dia,
Apa yang dihajatinya, apa yang diterokainya,
Semuanya indah dan berbunga.
Tak kira bakal mahupun semasa,
Ah, siapa yang mahu kira,
Akan harapan, cinta mahupun cita-citanya,
Kerna dia tetap dia.

Di dimensi kedua,
Dia harus akur akan keadaan itu,
Kerana itu masih tanggungjawab,
Lebih dari segala yang dia punya,
Kerna itu juga seperti nyawanya,
Demi perkara itu,
Walau hati runsing akan urusan lain yang belum sempat diselesaikan,
Walau kadangkala dia cemburu akan keadaan normal entiti lain disekelilingnya,
Dia harus selalu akur, tabah serta sabar,
Kerana perkara itu mungkinkah menjadi ladang pahala baginya,
mahupun murka Tuhan terhadapnya?

Di dimensi ketiga,
Dia tetap seorang hamba,
Kepada sang Penguasa agung,
Dia punyai diri yang hina dina,
Punya iman yang sering mengikut pasang surutnya,
Ada masa, dia tetap teguh di landasan itu,
Ada masanya, dia selalu tersungkur ke lembah kesalahan dan dosa,
Namun masih diberi kesempatan dan peluang serta ruang,
Dari Yang Maha Agung dan Maha Kaya,
Untuk terus mencari cahaya kehidupan,
Dalam peluk kasihNya.

Di dimensi keempat,
Dia juga seperti insan biasa,
Berkehidupan seperti hidupan biasa,
Punya tanggungjawab serta rutin hariannya,
Punya komuniti juga rakan sosialnya,
Menjalani hari-hari berteraskan sedikit dirinya pada dimensi pertama tanpa melupakan dia ialah seorang dia pada dimensi kedua dan ketiga,
Walau kadangkala terguris hatinya dek badai di sekitaran,
Dia tetap ingin mencari sumber kekuatan,
Untuk terus kuat mengukir senyuman,
Dan memberi senyuman untuk kehidupan lain,
Demi menghapus garis-garis kesedihan dan tekanan,
Sampai bila masanya,
Tiba saat dia diseru kembali pada penciptaNya.

Di dimensi kelima,
Kelilingnya tetap suram, kelam,
Di sinilah tempatnya dia sudah dan bakal membuang segala emosi terpendam,
Yang terkunci dan tak mampu diungkap dengan bicara,
Di sinilah ruangnya melayan rasa sayu meruntun jiwa,
Robek dan rabak,
Bertemankan air mata,
Beralaskan kepahitan depresi gila dan pengalaman lama,
Tiada sumber cahaya mampu bertapak di sini,
Mungkin dek kerana atmosfera tekanan di sini melampaui segala,
Ya, sama seperti di ruang angkasaraya,
Hanya satu yang bisa mengubati hanyalah masa dan ketika,
Dan juga perkara yang mampu mengembalikan kewarasan jiwanya,
Dia, adalah seorang dia pada dimensi pertama, kedua, ketiga dan keenam.
Menarik keluar melalui celahan yang wujud lalu berlari ke arah cahaya.

Di dimensi keenam,
Dia adalah seorang pencinta,
Ya, cinta.
Pada kedua ibu bapanya, kaum kerabatnya, sahabat-sahabatnya, alam kehidupannya,
Tidak lupa juga terhadap yang teristimewa.
Dia akur, ini adalah fitrahnya sebagai seorang entiti bernama manusia,
Sepertimana seorang ibu kasihkan anaknya,
Seperti seorang teman, yang selalu merindukan sahabatnya yang berjauhan,
Seperti seorang kekasih yang sayangkan teman hidupnya,
Mungkin juga seperti juga seorang aktivis kemanusiaan yang lantang bersuara memperjuangkan hak-hak manusia,
Dia tetap akur, bukan mudah baginya,
Bukan selalunya indah dan manis,
Akan tetapi ianya perlukan ruang dan usaha,
Bersama-sama berjuang mencari jalan untuk kebaikan bersama,
Tabah  dan sabar disemai antaranya,
Indah itu akan datang, manis itu akan menyusul,
Kemudiannya.

Dan dia, tetap akan hidup sebagai satu entiti, walau pada berbagai dimensi.










bymarsh.october 2013.







No comments: