Ampun pak..ampun buk..malas beno aku ngapdate blog cuti2 ni..
heee...i won't talk much cuz actually i'd like to share a recipe with ya guys..
selama ni post pic food ye dok..xpenah pulak kau letak recipe kat sini cik jah oi..tapi..ade aku kesah?
*nak share recipe kene feeling2 chef wan..hewhewhew
tad tadaaaa...imma letak recipe KEK KARAMEL kat bwh ni...
sapa suka caramel mesti u likey tis friggin cake..
sedap woh..simpan dalam fridge,makan time hari panas memang ngam..
ekceli 1st time aku makan is masa pergi rumah kak nisa haritu...
terus jatuh hati...terus membuak2 rasa nak try..haha..even xbole challenge kak nisa punya..haha
apa yang aku suka pasal cake ni is tekstur dia..so soft yaww..a bit like cheese cake punya tekstur..yummeh!
ahh cakap banyak pun tak guna..hampa pi try sndiri lah yek...xsusah pun(=
Bahan-bahan:
(A)
2-3 sudu besar gula
~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.
(B)
½ tin susu cair (200 ml)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung
~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.
(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak (saya gunakan minyak jagung)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (saya kurangkan juga 50gm)
1 sudu teh cream of tartar (optional)
~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga ringan & bila diterbalikkan adunan tidak jatuh.
Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.
2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.
3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.
4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.
5. Sedap dihidang sejuk.
Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.
*yang part gula kastor tu boleh je nak ikut guna 70g...tapi actually caramel tu sendiri da oredi manis...so kalau cake pun manis,akan jadi super manis pulak ye dak...aku tau korang sweet tooth tapi actually 50g of castor sugar is enough.percayalah~
recipe mmg aku ikut sebijik2 from This blog...thank you lahh(=
this is my first attemp of making this cake..tadaaaa..bersinar2 kek aku..haha
ni pulak yang second time aku buat mengikut permintaan sang kakak yang mengidam..hoho..
malang sekali kek 2nd attempt caramelnya tak berapa nak cantik walaupun rasa masih enak...apakah salahku?gelojoh sangatkah?tak baca basmalah kah?maaf ye kek aku buat ko dalam keadaan rushing..^^o
ni bahagian dalamnye(=
ohh..aku-tak-reti-menyusun-kaler2-bagi-cantik-jadi-main-belasah-je-letak-ini-pon-boley!kalau korang nak letak bagi jagi rainbow pun tarak hal...tapi leceh doe bagi aku..haha
so,akhir kata selamat mencuba!(^^,)
3 comments:
mar,nampak sedap!!!tapi aq xnak resepi,aq nak kek real...haha.
bila nak bg aku rase kek ni??
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/02/what-men-and-women-must-know.html
farez:acane tu agaknye?haha..meh sini main masak2 jom..
faizul;ko pegi sediakan peti ais kat dewan kuliah dulu baru aku bole bawak sana..haha
Post a Comment